Akibat mencacah tatu di dada yang dijampi untuk kebal, seorang pemuda telah menanggung dertita sejak tiga tahun lalu apabila setiap hari seperti putus nyawa kerana dadanya panas, selain mencucuk seperti ditikam pisau bertubi-tubi sehingga berasa jantungnya hampir pecah.
Pemuda yang berasal dari sebuah negeri pantai timur yang mahu dikenali sebagai Jaha berusia 23 tahun itu mengakui telah habis ikhtiar mencari jalan dan dia hanya berharap Allah swt menerima taubatnya. Menurutnya lagi, pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan deritanya itu seperti berendam dalam air dan mandi ais tetapi ia tidak berkesan.
Kerana terlalu sakit dia minta rakan menekan sterika panas di dada untuk menghilangkan kesan tatu. Sakit tidak terkata dan pedih pada tatu itu seperti tidak menghilangkan kepanasan sterika yang ditekap oleh kawan saya. Dadanya habis melecur tetapi tidak terasa kerana kesan panas yang mencucuk pada tatu lebih kuat.
Tambahnya lagi, dia sendiri yang mencari "bala" mencacah tatu untuk kebal selepas terlalu mengikut keinginan diri dan darah mudanya. Katanya dia mempunyai sejarah hitam selepas berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan kemudiannya bekerja di sebuah bengkel selama dua tahun. Namun disebabkan majikan lambat bayar gaji, dia berhenti kerja dan untuk menampung hidup,dia mula melakukan jenayah seperti epcah rumah dan samun. Selepas itu, pada usia 19 tahun, dia menyertai sebuah kumpualn kongsi gelap dan semakin liar hidupnya.
sumber; Hmetro
Saturday, 8 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment