Sape tak kenal Zizan kan?...antara komedian tersohor negara...namun disebalik populariti beliau terselit satu masalah....Zizan telah disaman oleh bekas rakan kongsi dan juga bekas pengurusnya Marina Juki selepas dikatakan Zizan telah melanggar kontrak pengurusan artis.
Marina mendakwa Zizan telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani bersama Syarikat Wire Fame Entertainmen Sdn Bhd ( Wire Frame) kerana telah melanggar kontrak dengan syarikat lain sebelum habis tempoh perjanjian.
Marina dan Zizan sebelum ini telah berjumpa dan bersemuka membincangkan isu pelanggaran kontrak ini tetapi tiada jalan penyelesaian membuatkan Marina terpaksa menyaman Zizan dengan nilai RM500,000
Marina telah memohon injuksi mahkamah untuk menghalang Zizan meneruskan kontrak dengan syarikat barunya kerana masih mempunyai baki kontrak dengan syarikatnya.
Nilai RM500,000 itu telah dianggap munasabah oleh pihak mahkamah termasuk kos ganti rugi am iaitu 15 peratus ke atas semua pendapatan Zizan dan faedah lain 5 peratus setahun dari tarikh sama difailkan. Untuk makluman juga, Zizan memgang 70 peratus saham dan Marina sebanyak 30 peratus saham syarikat Wire Frame Entertainment.
Friday, 14 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment